Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah diasaskan pada 1 Januari 1959. Kini SMALAT mempunyai 8 kelas iaitu kelas-kelas tingkatan 1 hingga 5 yang terdiri daripada sesi pagi sahaja. Dari segi kemudahan lain, SMALAT mempunyai 3 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi dewan, makmal, perpustakaan, bilik komputer dan 8 bilik darjah dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Jumlah pelajar di SMALAT pada tahun 2013 ialah115 orang pelajar manakala jumlah guru ialah 25 orang serta 8 orang staf sokongan.
0 comments: